Beli kamera online..?


Ingatkah anda tentang satu berita pasal seorang pemuda dari JB yang tertipu dengan jual beli online. Lelaki ni dari Johor Bahru order 3 unit Samsung Galaxy S dengan harga RM1,100 seunit iaitu lagi murah dari harga asal iaitu RM1,900. Sapa tak rambang mata kan brother ni, dia siap order 3 lagi dan bayar terus direct kepada seller. Alih-alih beberape hari selepas itu , bungkusan di terima dengan happy, bukak-bukak tengok lesung batu.

Tak ke sedih satu duit lesap, kedua phone tak dapat tapi lesung dapat. Brother ni terus call SSM untuk kenal pasti syarikat itu dan akhirnya Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia mengeluarkan perintah yang penjual membayar balik duit itu dalam tempoh 14 hari.
Untuk pengetahun korang, nak buat tuntutan kat TTPM ini hanya boleh dilakukan kepada individu sahaja. apa yang pelik dari kes ini, brother ni macam la tak boleh research on the market price of that phone. Samsung Galaxy II ni sekrang boleh dapat less than RM1,000. Mistake paling besar dia tak buat research.
Ok bebalik pada kisah penipuan jual beli online ni. Saya ada beberape kali experience in shopping online dan alhamdullilah tak de la masalah apa-apa. Tapi that does not mean saya tidak terdedah dengan penipuan ini. Laman seperti mudah.com.my sangat senang untuk ditipu kerana tiada apa-apa jenis verification id diperlukan untuk create account. kalau lelaong.com.my ada. dan in fact, kita dapat tengok komen pembeli diatas pembelian dengan seseorang penjual dalam lelong. Tapi still, kalau nak menipu, apa-apa cara boleh dibuat.

Perkara yang perlu diambil berat..
1. Buat research on the products that you nak beli. Tengok harga market price. Itu paling penting dan compare. Kalau beza berpuluh-puluh tu mungkin boleh diterima kalau beza sampai ebratus-ratus, mesti korang rase pelik kan? so kemungkinan penipuan ada di situ
2. Check track record penjual. Apa kata preious customers akan kepercayaan dorang. Penting ni.
3. Laman awam seperti mudah lelong ni susah sket nak dipercayai kecuali untuk COD (Cash on Delivery) items.
4. Kalau boleh, ask for any sort of verification ID dari mereka. Macam Identification No ke, alamat kedai ke, dan paling penting, bercakap melayu dengan mereka. Sebab saya pernah dengar kes awang hitam menipu dalam mudah.my.
5. Jangan serahkan no. kredit kad, debit kad, IC kepada mereka.
6. Kredit Kad, Debit Kad, Cek atau Cash? Kredit kad mungkin lebih selamat kerana korang ada masa lagi untuk hold the payment if something wrong or fishy comes up. untuk Debit Kad pun ada sesetengah bank boleh buat. Money Transfer adalah paling risky contoh macam brother kat atas tu. Kalau dah tertipu, putih mata sahaja. Paling baik kalau korang baut COD. Bawak cash dan dengan jumpe buyer everywhere and bayar on the delivery. Buat satu disclamer yangkalau barang tu that up to your expectation, jangan beli.


http://yamiya.com.my/store/ yg tak pernah try.. jika nak beli kena titik beratkan perkara kata atas ni tapi raas ok kot..

Bila Masanya Kita Nak Gunakan Exposure Compensation (EV)?


Kamera DSLR sekarang dilengkapi dengan satu fungsi yang diberi nama Exposure Compensation. Jadi, apakah fungsi Exposure Compensation (EV) dan bilakah masanya kita nak gunakan ia?
Exposure Compensation (EV) ialah satu fungsi yang membenarkan pengguna melaras pendedahan cahaya yang diukur oleh light meter kamera. Bergantung kepada jenis-jenis dan model kamera, biasanya julat pelarasan ialah daripada +5 hingga -5 EV dalam 1/3 steps.
Ini bermakna anda boleh mengubah pendedahan cahaya yang diberi oleh light meter kamera dengan mengarahkan kamera untuk melebihkan cahaya yang masuk (exposure compensation positif) atau mengurangkan cahaya yang masuk (exposure compensation negatif).
Bergantung kepada bagaimana kamera anda mengawal exposure compensation dan juga mod apa yang anda gunakan, kamera anda mungkin akan melaras aperture dan membiarkan shutter speed pada kedudukan yang tetap atau ia mungkin melaras shutter speed dan membiarkan aperture pada kedudukan yang tetap.
Sebagai contoh saya menggunakan mod A, aperture F/4 (di dalam pejabat saya), light meter mengukur pendedahan cahaya dengan shutter speed 1/125 saat dan aperture F/4. Jika saya menaikkan EV +1, kamera saya telah memberikan shutter speed 1/60 dan dan mengekalkan bacaan aperture F4. Disini saya dengan sengaja telah menerangkan/overexpose gambar saya.
Shutter Speed = 1/125 saat, Aperture = F/4, EV = 0, Tiada Flash
Shutter Speed = 1/60 saat, Aperture = F/4, EV = +1, Tiada Flash

Jadi, kenapa kita perlu menerangkan (overexpose)/menggelapkan (underexpose) gambar kita dan mengubah pendedahan cahaya yang telah diberikan oleh kamera kita?
Ini kerana, pada keadaan tertentu light meter kamera boleh tertipu dengan keadaan cahaya pada sesuatu frame.
Sebagai contoh gambar di atas, perhatikan bahawa terdapat banyak cahaya dan langsir putih di latarbelakang gambar tersebut. Semasa mengambil gambar ini, saya menggunakan metering Center Weighted. Pada metering ini, light meter kamera akan membaca cahaya pada keseluruhan gambar. Maka, light meter kamera beranggapan bahawa terdapat lebihan cahaya pada keseluruhan gambar tersebut.
Oleh itu ia cuba untuk mengimbangi cahaya di dalam gambar tersebut lalu mengurangkan kemasukan cahaya. Hasilnya, pada bahagian tertentu gambar, seperti pada meja dan komputer, gambar menjadi gelap dan pada bahagian langsir cahaya adalah normal. Apabila saya menaikkan EV kepada +1, pada bahagian yang gelap telah menjadi terang dan terdapat sedikit overexpose pada bahagian yang normal. Namun keadaan ini adalah lebih baik daripada keadaan yang sebelumnya kerana lebih banyak butiran didalam gambar yang kita dapat lihat.
Jadi, apabila anda bertemu dengan keadaan ini, dimana subjek adalah gelap disebabkan cahaya pada latar belakang adalah terang,  atau subjek menjadi terlalu terang disebabkan cahaya pada latar belakang tidak mencukupi, maka gunakanlah exposure compensation (EV) untuk menerangkan (+EV) atau menggelapkan (-EV) subjek anda.

Apa Itu Guide Number (GN) Pada Flash/Speedlite?

Maksud Guide Number (GN)

Jika anda lihat pada spesifikasi flash anda, anda akan dapati nombor ini: 
Guide Number = 28/92 (ISO 100, m/ft.), 39/128 (ISO 200, m/ft.) (nombor daripada flash Nikon Speedlight SB-700 (RM1,050))
Guide Number di sini bermaksud keupayaan flash untuk menerangkan subjek pada sensitiviti filem atau sensor tertentu. Lebih tinggi guide number bermakna lebih kuat flash tersebut.
Guide number digunakan didalam pengiraan flash untuk menentukan aperture yang sesuai untuk menerangi subjek pada jarak tertentu dan sebaliknya. Secara teknikal guide number menerangkan jarak pencahayaan sesuatu flash dan bukannya kuasa pengeluaran flash tersebut.

Formula-Formula Guide Number

Untuk mendapatkan nilai aperture (nombor f-stop) yang diperlukan untuk mengambil gambar subjek, anda perlu membahagikan guide number sesuatu flash dengan jarak ke subjek.
Aperture (nombor f-stop) = GN/jarak
Untuk mendapatkan jarak maksima yang diperlukan untuk menerangi subjek dengan tetapan aperture tertentu, anda perlu membahagikan guide number sesuatu flash dengan aperture (nombor f-stop).
Jarak = GN/(nombor f-stop)
Bagi kedua-dua kes di atas, jarak subjek daripada flash adalah dititikberatkan, bukan jarak subjek daripada kamera (jika anda meletakkan flash anda pada kaki flash dan bukan pada badan kamera atau menggunakan teknik bounce flash).
Guide number diukur dalam meter dan pada tetapan ISO 100. Tetapi ada juga diukur pada tetapan ISO 200 seperti pada flash Nikon SB-700 di atas. Jarak pencahayaan bagi sesuatu flash akan meningkat dengan meningkatnya guide number. Secara asasnya, untuk mengetahui jarak pencahayaan flash apabila anda menaikkan atau menurunkan ISO, formula ini terpakai:
Gandakan ISO : GN x 1.4
Setengahkan ISO : GN x 0.7
Mari kita ambil guide number pada flash Nikon SB-700 yang mempunyai guide number 28 pada ISO 100 sebagai contoh:
ISO 100, Guide Number = 28(m)
ISO 200 (Gandakan ISO), Guide Number = 28 x 1.4 = 39(m)
Oleh itu, daripada formula-formula di atas, anda boleh mengetahui perkara-perkara berikut apabila anda tahu nilai guide number flash anda :
1. Jarak yang diperlukan untuk memberi pencahayaan yang cukup kepada subjek anda
2. ISO yang diperlukan untuk memberi pencahayaan yang cukup kepada subjek anda
3. Aperture yang diperlukan untuk memberi pencahayaan yang cukup kepada subjek anda
Seperkara lagi yang perlu diketahui ialah guide number juga akan berkurangan dengan ISO rendah dan pada tetapan wide (24mm 18mm dan sebagainya) pada flash. Pada ISO tinggi dan tetapan zoom (50mm, 70mm dan sebagainya) pada flash pula, guide number akan meningkat. Oleh itu, untuk perbandingan antara flash, guide number perlu dibaca bersama ISO dan tetapan wide atau zoom(pada bacaan focal length full frame).

Perbandingan Antara Nikon Speedlight SB-700 dan Nissin Di622 Mark II Digital

Jika dibandingkan antara Nikon Speedlight SB-700 dan Nissin Di622 Mark II Digital Flash, Nissin Di622 Mark II adalah lebih berkuasa daripada Nikon SB-700 berdasarkan guide number yang diberikan:
Guide Number = 28 (ISO 100, meter), 35mm
Guide Number = 32 (ISO 100, meter), 35mm

Rumusan Flash Apa Yang Anda Perlu Beli Dengan Bajet RM500

Oleh itu, jika anda mempunyai bajet RM500 dan memerlukan flash yang cukup berkuasa, maka Nissin Di622 Mark II Digital Flash (RM490) adalah sesuai untuk anda.

untuk maklumat lanjut layari kedai kamera digital..

Apakah Kelebihan Lens 10-24mm?


Lens 10-24mm adalah termasuk dalam kategori Ultra Wide Angle Zoom Lens. Setakat ini, pengeluar lens yang menghasilkan lens ini hanyalah Tamron. Modelnya ialah seperti berikut :

Tamron SP AF 10-24mm f/3.5-4.5 Di-II Lens (RM1,900.00)

Lens ini dikeluarkan untuk kamera Sony, Pentax, Nikon dan Canon. Sekarang, mari kita lihat apakah kelebihan lens 10-24mm ini?
Lens 10-24mm ini adalah sesuai digunakan untuk mengambil gambar pemandangan. Dengan menggunakan lens ini, anda boleh mendapatkan sudut pemandangan yang luas. Rujuk 2 gambar di bawah ini untuk perbandingan:
Diambil menggunakan lens Tamron 10-24mm, pada focal length 24mm
Diambil menggunakan lens Tamron 10-24mm, pada focal length 10mm 
Gambar-gambar di atas diambil pada kedudukan yang sama, perbezaannya hanyalah pada focal length sahaja. Gambar yang diambil menggunakan focal length yang kecil, 10mm, memberikan gambar yang kelihatan lebih luas berbanding dengan gambar yang diambil menggunakan focal length 24mm.
Satu kelebihan lens ini ialah ia juga sesuai untuk mengambil gambar di tempat yang sempit dimana lens biasa seperti lens 18-55 tidak boleh mengambil gambar penuh seperti gambar dibawah:
Apabila sesuatu ruang itu sempit, dan anda tidak boleh berundur untuk mengambil gambar penuh, maka disinilah lens 10-24mm akan memainkan peranan. Dengan lens ini anda akan dapat merakamkan gambar keseluruhan ruang tanpa bergerak ke belakang.
Sekiranya anda seorang yang baru hendak menjadi seorang jurugambar perkahwinan, maka saya amat mengesyorkan supaya anda melabur pada lens 10-24mm ini..nak beli klik disini..