Bila Masanya Kita Nak Gunakan Exposure Compensation (EV)?


Kamera DSLR sekarang dilengkapi dengan satu fungsi yang diberi nama Exposure Compensation. Jadi, apakah fungsi Exposure Compensation (EV) dan bilakah masanya kita nak gunakan ia?
Exposure Compensation (EV) ialah satu fungsi yang membenarkan pengguna melaras pendedahan cahaya yang diukur oleh light meter kamera. Bergantung kepada jenis-jenis dan model kamera, biasanya julat pelarasan ialah daripada +5 hingga -5 EV dalam 1/3 steps.
Ini bermakna anda boleh mengubah pendedahan cahaya yang diberi oleh light meter kamera dengan mengarahkan kamera untuk melebihkan cahaya yang masuk (exposure compensation positif) atau mengurangkan cahaya yang masuk (exposure compensation negatif).
Bergantung kepada bagaimana kamera anda mengawal exposure compensation dan juga mod apa yang anda gunakan, kamera anda mungkin akan melaras aperture dan membiarkan shutter speed pada kedudukan yang tetap atau ia mungkin melaras shutter speed dan membiarkan aperture pada kedudukan yang tetap.
Sebagai contoh saya menggunakan mod A, aperture F/4 (di dalam pejabat saya), light meter mengukur pendedahan cahaya dengan shutter speed 1/125 saat dan aperture F/4. Jika saya menaikkan EV +1, kamera saya telah memberikan shutter speed 1/60 dan dan mengekalkan bacaan aperture F4. Disini saya dengan sengaja telah menerangkan/overexpose gambar saya.
Shutter Speed = 1/125 saat, Aperture = F/4, EV = 0, Tiada Flash
Shutter Speed = 1/60 saat, Aperture = F/4, EV = +1, Tiada Flash

Jadi, kenapa kita perlu menerangkan (overexpose)/menggelapkan (underexpose) gambar kita dan mengubah pendedahan cahaya yang telah diberikan oleh kamera kita?
Ini kerana, pada keadaan tertentu light meter kamera boleh tertipu dengan keadaan cahaya pada sesuatu frame.
Sebagai contoh gambar di atas, perhatikan bahawa terdapat banyak cahaya dan langsir putih di latarbelakang gambar tersebut. Semasa mengambil gambar ini, saya menggunakan metering Center Weighted. Pada metering ini, light meter kamera akan membaca cahaya pada keseluruhan gambar. Maka, light meter kamera beranggapan bahawa terdapat lebihan cahaya pada keseluruhan gambar tersebut.
Oleh itu ia cuba untuk mengimbangi cahaya di dalam gambar tersebut lalu mengurangkan kemasukan cahaya. Hasilnya, pada bahagian tertentu gambar, seperti pada meja dan komputer, gambar menjadi gelap dan pada bahagian langsir cahaya adalah normal. Apabila saya menaikkan EV kepada +1, pada bahagian yang gelap telah menjadi terang dan terdapat sedikit overexpose pada bahagian yang normal. Namun keadaan ini adalah lebih baik daripada keadaan yang sebelumnya kerana lebih banyak butiran didalam gambar yang kita dapat lihat.
Jadi, apabila anda bertemu dengan keadaan ini, dimana subjek adalah gelap disebabkan cahaya pada latar belakang adalah terang,  atau subjek menjadi terlalu terang disebabkan cahaya pada latar belakang tidak mencukupi, maka gunakanlah exposure compensation (EV) untuk menerangkan (+EV) atau menggelapkan (-EV) subjek anda.

0 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<