Apa Itu Guide Number (GN) Pada Flash/Speedlite?

Maksud Guide Number (GN)

Jika anda lihat pada spesifikasi flash anda, anda akan dapati nombor ini: 
Guide Number = 28/92 (ISO 100, m/ft.), 39/128 (ISO 200, m/ft.) (nombor daripada flash Nikon Speedlight SB-700 (RM1,050))
Guide Number di sini bermaksud keupayaan flash untuk menerangkan subjek pada sensitiviti filem atau sensor tertentu. Lebih tinggi guide number bermakna lebih kuat flash tersebut.
Guide number digunakan didalam pengiraan flash untuk menentukan aperture yang sesuai untuk menerangi subjek pada jarak tertentu dan sebaliknya. Secara teknikal guide number menerangkan jarak pencahayaan sesuatu flash dan bukannya kuasa pengeluaran flash tersebut.

Formula-Formula Guide Number

Untuk mendapatkan nilai aperture (nombor f-stop) yang diperlukan untuk mengambil gambar subjek, anda perlu membahagikan guide number sesuatu flash dengan jarak ke subjek.
Aperture (nombor f-stop) = GN/jarak
Untuk mendapatkan jarak maksima yang diperlukan untuk menerangi subjek dengan tetapan aperture tertentu, anda perlu membahagikan guide number sesuatu flash dengan aperture (nombor f-stop).
Jarak = GN/(nombor f-stop)
Bagi kedua-dua kes di atas, jarak subjek daripada flash adalah dititikberatkan, bukan jarak subjek daripada kamera (jika anda meletakkan flash anda pada kaki flash dan bukan pada badan kamera atau menggunakan teknik bounce flash).
Guide number diukur dalam meter dan pada tetapan ISO 100. Tetapi ada juga diukur pada tetapan ISO 200 seperti pada flash Nikon SB-700 di atas. Jarak pencahayaan bagi sesuatu flash akan meningkat dengan meningkatnya guide number. Secara asasnya, untuk mengetahui jarak pencahayaan flash apabila anda menaikkan atau menurunkan ISO, formula ini terpakai:
Gandakan ISO : GN x 1.4
Setengahkan ISO : GN x 0.7
Mari kita ambil guide number pada flash Nikon SB-700 yang mempunyai guide number 28 pada ISO 100 sebagai contoh:
ISO 100, Guide Number = 28(m)
ISO 200 (Gandakan ISO), Guide Number = 28 x 1.4 = 39(m)
Oleh itu, daripada formula-formula di atas, anda boleh mengetahui perkara-perkara berikut apabila anda tahu nilai guide number flash anda :
1. Jarak yang diperlukan untuk memberi pencahayaan yang cukup kepada subjek anda
2. ISO yang diperlukan untuk memberi pencahayaan yang cukup kepada subjek anda
3. Aperture yang diperlukan untuk memberi pencahayaan yang cukup kepada subjek anda
Seperkara lagi yang perlu diketahui ialah guide number juga akan berkurangan dengan ISO rendah dan pada tetapan wide (24mm 18mm dan sebagainya) pada flash. Pada ISO tinggi dan tetapan zoom (50mm, 70mm dan sebagainya) pada flash pula, guide number akan meningkat. Oleh itu, untuk perbandingan antara flash, guide number perlu dibaca bersama ISO dan tetapan wide atau zoom(pada bacaan focal length full frame).

Perbandingan Antara Nikon Speedlight SB-700 dan Nissin Di622 Mark II Digital

Jika dibandingkan antara Nikon Speedlight SB-700 dan Nissin Di622 Mark II Digital Flash, Nissin Di622 Mark II adalah lebih berkuasa daripada Nikon SB-700 berdasarkan guide number yang diberikan:
Guide Number = 28 (ISO 100, meter), 35mm
Guide Number = 32 (ISO 100, meter), 35mm

Rumusan Flash Apa Yang Anda Perlu Beli Dengan Bajet RM500

Oleh itu, jika anda mempunyai bajet RM500 dan memerlukan flash yang cukup berkuasa, maka Nissin Di622 Mark II Digital Flash (RM490) adalah sesuai untuk anda.

untuk maklumat lanjut layari kedai kamera digital..

0 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<