Kamera mode yang selalu digunakan..?

Abg pakai mode apa..? itu soalan yg ditanya oleh salah seorang student matrik time aku shoot utk majlis perasmian larian 1 malsyia dulu.. so secara tak sengaja aku membocorkan rahsia yg selama ni aku simpan,( rahsia ke..?)haha.. " abg pakai semua mode" tercengan budak tu.. cam na tu..? balas budak tu.. selapas tu mula la aku membebel dampai dia pun entah paham ke tidak,haha.. so kpd kengkawan semua takda mode yg tetap pada sesuatu majlis, semuanya bergantung kpd tuan dibelakg kamera itu sendiri.. jika rasa yakin serta mahir sila la guna full manual (bukan wajib).. jika tak yakin paham dulu funsi mode yg ada pada kamera kita..

MODE BASIC Full auto Mode(kotak hijau) - mode auto. yang mana semua tindakan adalah dikawal sepenuh nya oleh kamera dan sekiranya cahaya tidak mencukupi flash in buld akan berfugsi untuk menambahakan cahaya secara auto.. masa yg sesuai time malas nak ajust setting..

Portrait Mode - Dimana mode ini sesuai untuk mengambil gambar potret dan akan membuat latar belakang blur dan manusia akan difokus secara auto. ni bagus sbb subjek akan lebih menyerlah..

Landscapes Mode - Mode sesuai untuk megambil gambar pemandangan yang mana akan memberi fokus yang banyak untuk setiap gambar yang diambil secara auto.

Close-ups mode - Mode ini juga dipanggil mode macro. mode ini akan memfokus dengan jelas setiap objek yang diambil dan mmbuat bokeh pada latar belakang.>> jarang guna..

Moving Subject Mode - Untuk mengambil gambar bergerak, samada pemandangan ombak laut, kenderaan dan setiap objek yang bergerak.>> jarang guna..

Night Mode - Sesuai untuk mengambil gambar diwaktu malam dan akan memberi cahaya yang lebih supaya gambar diamabil nampak lagi jelas.>> lagi jarang guna..

Disabling Flash Mode - mode ini pula akan mematikan fungsi flash tidak kira pada waktu cukp cahya atau pun tidak.

ok dah paham ke.. apa yg mode kamera anda boleh lakukan.. jika rasa mudah je.. try guna mode dibawah pula..

P-Program - mode ini juga boleh kita panggil mode auto untuk shutter speed dan aperture. Shutter speed dan aperture akan dikawal secara auto loeh kamera dan hanya exposure sahaja yang dikawal secara manual

A- aperture priority - Shutter speed akan dikawal secara auto oleh kamera dan aperture akan dikawal secara manual. Cermin akan mengambil masa berada dihadapan sensor secara auto untuk menerima cahaya yang masuk. yg ni selalu aku guna time majlis outdoor yg memerlukn pergerakan yg kelam kabut.. contoh pertandingan memmancing di kolej aku ari tu..( namun perlu di ingat tak semesti mode ni yg sesuai.. apa pun terpulg pada indvdu itu sendiri..

S-shutter Priority - Pengawalan shutter speed secra manual dan aperture secara auto oleh kamera. Mode ini amat sesuai untuk mengambil subjek yg bergerak..contoh majlis larian 1 malaysia hari tu..

M- Full Manual
- Shutter speed dan aperture dikawal secara manual Mode ini sesuai untuk photographer untuk mendapatkan kelainan ketika pegambaraan mengikut kehendak photographer itu sendiri bagi mendapatkan hasil seni yg diinginkan..mode ini juga bergantung pada exposure metering dalam kamera itu sendiri sbg panduan kita..
bagi pengguna kanon sila lihat rajah mode diatas.
so leps ni boleh kengkawan semua try and erro semua mode ni.. yg penting kita kena tahu apa yg kita nak rakamkan dalam sesebuah gambar itu serta subjek yg mana yg hendak di tonjolkan.. jik tak caya tanya otai-otai.. sure depa tak habaq,haha..

jika takda kamera lagi tri yg ni dulu..

4 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

wah bagus la fiz.... selalu baca bahasa orang putih ja tp yg ini bahasa malaysia huhuhu itu yg aku suka senang sikit aku mau faham. (maklum la engeris edukasen kureng) teruskan perkongsian maklumat ini.

kira ok la tu.. bahasa melayu ok lg.. cam aku BM pun tak lulus,huhu..

10 10.. memudahkan utk difahami..

cuba tengok ni plak http://www.akasiamag.com/night-shooting-dengan-long-exposure/

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<