Jenis-jenis lens


Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.

Jenis - Jenis Lens:

Berikut ialah jenis-jenis lens.

a. Wide Angle Lens
b. Standard Lens
c. Telephoto Lens
d. Zoom Lens

a. Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam ketogeri ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide.
Berikut ialah jenis Lens Wide Angle.

16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm dll, namun kebiasaan yg kita selalu tengok seperti lens dibawah..

Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.

b. Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm dll.


c. Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar.

Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm dll.


d. Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.

Contoh: 55mm, 105mm, 200m ll.

Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.


e. Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut len.kebiasaan kita panggil (kitlens) namun begitu byk zoom lens yg kita jarang tengok, bagi penjual kamera lens yg biasa disertakan pada lens adalah seperti gambar dibawah..

Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm dll.


Pada sebuah lens terdapat fungsi-fungsi berikut.

a. Focusing Ring
b. Aperture

a. Focusing Ring - Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak kabur.

b. Aperture - Ialah alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. Lobang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar. f/stop juga menpengaruhi D.O.F.(apa itu D.O.F sila baca atikel sblumnya..)

muat turun ebook fotografi.. utk mendapat lebih tips dan fungsi Lens..

1 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

cam na nk kap gambar ngan cantik biola berada dlam kreta yang sedang bergerak laju?

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<