Tips setting kamera DSLR


Setting umum:

a) Image Quality: Set kamera untuk ambil gambar RAW. atau pun RAW+Jpeg. Raw lebih berguna untuk kita ejas kemudian dalam Photoshop/Lightroom atau GIMP. Contohnya kita boleh ejas White Balance, Exposure, Noise dan lain2.
b) ISO: Set pada manual. jangan pakai Auto-ISO. kita akan lebih cepat belajar dari pengalaman berbanding hanya mengharapkan fungsi automatik.


Setting untuk Nature, Landscape dan Travel:

a) Exposure Mode: Gunakan Aperture Priority. Biasanya f-stop kecil f/16 hingga ke f/22 atau lebih. lebih kecil f-stop, lebih sharp gambar anda.
b) Metering Mode: Matrix Metering. Matrix metering mengambil kira keadaan cahaya dalam keseluruhan frame.
c) Focus Pattern atau Focus Area: Dynamic Area. jangan gunakan Auto-Area sebab ini akan menyebabkan titik fokus akan menumpukan kepada apa2 saja subjek yang berada paling dekat dengan kamera atau subjek lebih banyak kontras berbanding background.
d) Shooting Mode: Single atau Continous Shot (bergantung kepada keadaan). Contohnya Single untuk Landscape yang tiada pergerakan dan Continuos pada Travel/Street Photography yang mempunyai banyak pergerakan (kenderaan/manusia/haiwan).
e) White Balance: kalau anda menggunakan Image Quality Raw, setkan pada Auto sahaja kerana anda boleh ejas kemudian. Kalo guna Jpeg, ejas ikut keadaan: Daylight/Cloudy/Shade)
f) ISO: antara 100 hingga ke 800 (bergantung kepada keadaan). Contohnya gunakan ISO tinggi bila keadaan gelap dan tiada tripod.
g) Auto Focus Mode: AF-S atau AF-C Atau AF-A (bergantung kepada keadaan). Saya pakai AF-A sahaja sebab kamera boleh menentukan sendiri samada subjek kaku atau berubah2 tempat.


Setting untuk Portrait atau Event:

a) Exposure Mode: Gunakan Aperture Priority. Biasanya f-stop besar f/2.8 hingga ke f/4 atau lebih. lebih besar f-stop, lebih bokeh gambar anda. (mengasingkan subjek dari background)
b) Metering Mode: Spot Metering atau Center Weighted. Spot metering mengambil kira keadaan cahaya pada subjek sahaja berbanding keseluruhan frame.
c) Focus Pattern atau Focus Area: Dynamic Area atau Single. Single point lebih baik untuk subjek yang tidak bergerak dan bersedia untuk diambil gambar. Dynamic Area untuk subjek yang bergerak (kanak2 yang berlari atau pengantin yang sedang berjalan)
d) Shooting Mode: Continous Shot. Biasanya subjek mempunyai banyak pergerakan (berjalan/berlari/membongkok/mendongak).
e) White Balance: kalau anda menggunakan Image Quality Raw, setkan pada Auto sahaja kerana anda boleh ejas kemudian. Kalo guna Jpeg, ejas ikut keadaan: Daylight/Cloudy/Shade/Flash)
f) ISO: antara 100 hingga ke 1600 (bergantung kepada keadaan). Contohnya gunakan ISO tinggi bila keadaan gelap dan tiada tripod. ISO rendah untuk lampu studio/outdoor.
g) Auto Focus Mode: AF-S atau AF-C Atau AF-A (bergantung kepada keadaan). Saya pakai AF-A sahaja sebab kamera boleh menentukan sendiri samada subjek kaku atau berubah2 tempat.


Setting untuk Sports atau Action:

a) Exposure Mode: Gunakan Aperture Priority. Biasanya f-stop besar f/2.8 hingga ke f/4 atau lebih. lebih besar f-stop, lebih bokeh gambar anda. (mengasingkan subjek dari background). ini juga membolehkan anda mendapat Shutter Speed yang tinggi.
b) Metering Mode: Matrix Metering. Matrix metering mengambil kira keadaan cahaya dalam keseluruhan frame.
c) Focus Pattern atau Focus Area: Dynamic Area atau 3D Tracking (Kalo ada). Dynamic Area atau 3D Tracking untuk subjek yang bergerak (pemain yang beraksi/kenderaan yang meluncur laju) - Gunakan teknik panning.
d) Shooting Mode: Continous Shot. Biasanya subjek mempunyai banyak pergerakan.
e) White Balance: kalau anda menggunakan Image Quality Raw, setkan pada Auto sahaja kerana anda boleh ejas kemudian. Kalo guna Jpeg, ejas ikut keadaan: Daylight/Cloudy/Shade)
f) ISO: antara 400 hingga ke 3200 (bergantung kepada keadaan). Contohnya gunakan ISO tinggi untuk membekukan pergerakan subjek yang sedang beraksi. Perhatikan Shutter Speed tidak jatuh bawah 1/320s untuk membekukan pergerakan. Gunakan ISO rendah untuk memperlahankan Shutter Speed kepada lebih rendah supaya anda boleh merakam 'pergerakan' subjek.
g) Auto Focus Mode: AF-C (perhatikan kamera akan lebih menumpukan kepada shot2 yang diambil berbanding menguncikan fokus pada subjek). ini kerana anda tidak akan sempat mengunci fokus sebelum gambar diambil, jadi kamera akan mengambil beberapa siri shot walaupun kamera belum sempat mengunci fokus pada subjek. ini bergantung pada kepantasan lens, kamera dan teknik memfokus (panning atau kaku) yang anda guna.


Sila uji dan cuba (try dan error) setting2 ini dan ubah mengikut kreativiti anda untuk beberapa jenis fotografi (Makro/Still Life/Night-Low Light/Silhouette) dan lain2 lagi. sekian.

13 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

yang mudah aje.. dekat manual book pun ada..

memg betul dekat manual book ada.. tapi bibik rosmah mengerti ke bahasa inggeris..
ini sy translate utk memudahkan bg org yg tak paham macam ibu rosmah n bapak najib..ngerti..!

tuan,boleh ka sy ceduk ajaran tuan ni utk blog sy?sy creditkn pd tuan
terima kasih

ilmu dicurahkan untuk dikongsi bukan hak individu.. so jgn malu jika nak ceduk kat sini.. tak bagi kreadit pun takpa, sy takda hal lah.. ini bukan ilmu sy seorg.. ini ilmu utk semua org.. janji niat kena betul.. macam ambil gambar.. jika niat nak menunjuk dapatla pahala menunjuk.. jika niat utk berdakwah dapatla pahala berdawah... so perkataan berlawanan jangan pikir dan jangan muhasabah apa..?

Terbaekkk....tuhan jua yang membalas perkongsian ilmu dari saudara....insyaallah...

thx.. for info

setting camera untuk wedding http://teknikdslr.blogspot.com

Ilmu yg amat berguna untuk beginner..terima kasih tuan!

SAYA BARU NAK BELAJAR GUNA DSLR. BOLEH BAGI ASAS PENGGUNAAN SPT ISO APATURE. SAYA TAK FAHAM LANGSUNG. SYA GUNA AUTO JER. SAYA MEMANG MINAT NAK BELAJAR SETTING MANUAL. KAMERA SAYA JENIS CANON 650d. EMAIL SAYA mohdkhairi@mod.gov.my

10q.... Tip yg bguna cam sy yg aru nk bjink2 dgn bnda ni....

Assalamualaikum Wr.Wb.

Terimakasih sangat atas Informasi dan Ilmu dari awak/anda.

Aku asal Indonesia , kita satu rumpun , saudara seMuslim, jadi ayo kita bersatu antara Indonesia dan Malaysia , jangan sampai ada pihak-pihak yang ingin mengadudomba .

Wassalamualaikum Wr.Wb.

Boleh tak ajar tentang tombol tombol dan di dalam menu camera nikon D7000.saya masih belum faham...😉

Terima kasih atas perkongsian ilmu...

Kamera handphone jauh lebih baik gambarnya daripada DSLR. Patutlah ramai pakat jual DSLR sekarang.

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<