Tips memilih wedding photographer


untuk entry kali ini mari kita kongsikan tips memilih photographer utk majlis perkahwinan, baby potret DLL.Agak-agaknya apa tips untuk bakal pengantin memilih photographer yang tepat bagi majlis bersejarah mereka? Berikut disenaraikan beberapa tips yang berguna untuk anda.
  1. Sila cari beberapa  photographer  untuk dilakukan perbandingan, mana yang terbaik. (saranan cari yg dekat dengan lokasi anda)
  2. Anda perlu mengetahui citarasa gaya fotografi mereka sendiri, dan sila pilih  photographer  yang menepati citarasa anda.
  3. Pastikan anda mendapat  photographer  yang anda kehendaki, bukannya dihantar  photographer  lain ke majlis anda. Mana mungkin hasil kerja tangan setiap orang sama. Elakkan menyesal kemudian hari apabila hasil gambar tidak menepati seperti mana anda lihat di website  photographer .
  4. Anda boleh bersikap cerewet dalam mencari  photographer  yang sesuai dengan citarasa, TETAPI elakkan cerewet semasa deal dengan  photographer  yang sudah dipilih. Kebebasan berkarya perlu diberikan kerana anda sudah memilih mereka.
  5. Pastikan anda memilih photographer yang mempunyai passion dalam kerja mereka, terutama  photographer  FULLTIME, jika memilih yg PARTIME make sure mereka yg telah lama berkencinpung dalam dunia Fotografi ini.
  6. Anda disarankan meminta galeri gambar yang banyak daripada  photographer . Ini kerana lumrah untuk  photographer  hanya meletakkan 5-6 keping sahaja gambar terbaik mereka. Jikalau boleh, sila dapatkan galeri lebih 50 keping gambar untuk contoh 1 pasangan pengantin. 
  7. Sila berusaha untuk melihat album sample untuk elakkan menerima album yang murah dan rendah kualiti, dengan alasan untuk menjimatkan kos. Berlainan di Line ART Picture, kami hanya menawarkan album antara paling tinggi kualiti di pasaran negara. Kami sanggup menyerap kos pengeluaran yang tinggi semata-mata untuk memberikan album yang bermutu tinggi sahaja kepada pelanggan kami.
  8. Pilihlah  photographer  yang sesuai, yang serasi dengan anda. Juga adalah penting untuk TIDAK terpengaruh dengan mana-mana  photographer  yang suka memburukkan  photographer - photographer  lain. Sebelum termakan hasutan, adalah tidak rugi untuk anda cuba deal dan dengar consultation daripada pelbagai  photographer . 
  9. Pilihlah  photographer  yang friendly dan boleh berkomunikasi serta bergaul dengan family anda, terutama untuk majlis-majlis besar dan meriah.
  10. Tanya apa kelebihan  photographer atau perkhidmatan yg ditawarkan.
  11. Call  photographer anda elak ber SMS and booking segera… 
p/s : bagi bakal pengantin elakkan mengambil photographer yg baru berjinak dalam dunia fotografi, majlis anda amat berharga.. elakkan terpengaruh dengan harga yg murah. photographer baru nak buat portfolio je.. jangan jadi majlis anda bahan uji kaji..

7 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

aik.. apa kena mengena Line ART Picture dgn atikel ni.. ni nak share tips or nak promote diri..? peace no war..! apa-apa pun info yg menarik bro.. shabas.. so to all bakal pengantin take note this part..

sori mael lanbung,eh silap mael cankung.. ter.. promote team Line ART Picture's pulak.. jika tak keberatan just ignore je iklan tu,hehe..

macam mana pulak nak tahu harga yg ditawarkan itu berpatutan atau tidak.. bagaimana dgn cas tersembunyi..? cer citer sikit..protographer pun bukan semua yg jujur.. just my opinion..

boleh tak kita mintak jurugambar perempuan utk majlis kita.. bukan apa bila laki-laki segan sikit nak poss..

mahal ke jurugambar popuam.?

kepada tipah tertipu : jika nak tahu berpatutan or not kena rajin bandingan dgn photographer lain.. nak senang kna tengok dair sigi kualitina..

kepada lisa surirumah : jika nak photographer perempuan um majlis anda kena tanya photographer yg anda pilih. adakah boleh minta photographer peempuan.. tentang harga rasanya sama je.. jika kualiti sama lelaki..

sy x setuju pasal post ni mcm nk condemn fotografer baru

" elakkan mengambil photographer yg baru berjinak dalam dunia fotografi,photographer baru nak buat portfolio je.. jangan jadi majlis anda bahan uji kaji..

apa ni? dulu admin pun ade pgalaman 1st time kan?bila dh sampai puncak tinggi,,jgn nk rendah2 kan level org bawah pulak

kepada saudara naim,

minta maaf jika atikel ini menguris hati anda.. cuba faham apa yang saya tulis tu.. """" bagi bakal pengantin elakkan mengambil photographer yg baru berjinak dalam dunia fotografi, majlis anda amat berharga.. elakkan terpengaruh dengan harga yg murah. photographer baru nak buat portfolio je.. jangan jadi majlis anda bahan uji kaji.."""
photographer yang baru berjinak dalam dunia fotografi..? ada bezanya antara photographer yg baru dgn yg lama dlam dunia fotografi.. apa yg saya maksudkan mahirkan diri dengan ilmu fotografi dahulu kemudian baru lah nak pikir nak ambil job shoot wedding orang.. jangan jadi sesetengah budak baru beli kamera dah berani ambil job.. lepas tu gambar kelaut.. apa yg penting beli kamera explore dan mahirkan diri.. jika dah mahir baru promosi diri nak ambil job.. menjadi photographer ini bukan setakat beli kamera dan tangkap je.. apa yg penting ilmu fotografi..

saya harap saudara naim lebih matang selepas ini.. "lebih matang macam mana..?" saudara naik kena muhasabah..

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<