Pertandingan fotografi tahun melawat perak 2012


KRITERIA YANG DIPERTANDINGKAN

Setiap perserta pertandingan perlu mencari lokasi-lokasi yang menarik / unik dan cantik bagi menarik minat pelancong-pelancong datang ke Bandaraya Ipoh. Shot-shot yang perlu diambil oleh peserta adalah berdasarkan EMPAT kriteria iatu:


"LANSKAP"

"KEHIDUPAN" (Budaya Kehidupan Masyarakat di Bandaraya Ipoh)

"BANGUNAN-BANGUNAN"

"FLORA dan FAUNA" 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Warganegara Malaysia berumur diantara 12 tahun hingga 17 tahun bagi kategori PELAJAR dan 13 tahun ke atas bagi kategori TERBUKA, Penyertaan daripada Urusetia Pertandingan adalah tidak dibenarkan.

2. Hanya gambar-gambar yang dirakamkan disekitar BANDARAYA IPOH MULAI 18 DISEMBER 2011 SEHINGGA 18 MAC 2012 sahaja yang layak untuk dipertandingkan.

3. Peserta-peserta boleh menyertai keempat-empat kriteria yang dipertandingkan, peserta-peserta boleh menghantar** seberapa banyak gambar untuk dipertandingkan.

4.Gambar-gambar mestilah asli dari dayausaha dan kreativiti sendiri, olahan dan pengubahsuaian dengan menggunakan sistem komputer adalah dilarang samasekali dan gambar-gambar yang dihantar adalah belum pernah dipertandingkan atau memenangi mana-mana pertandingan didalam atau luar negara. Setiap gambar-gambar yang dihantar hendaklah* disertakan bersama filem/CD gambar yang berkaitan.

6. Gambar hendaklah dicetak berukuran saiz 8” X 12” dan dilekatkan di-atas “Mounting Board” berukuran 10” X 14” (warna biru muda (Light Blue) bagi kategori Pelajar manakala warna* hitam bagi kategori Terbuka).

7. Borang Penyertaan asal atau fotokopi hendaklah dilekatkan dibelakang setiap keping gambar yang dihantar, gambar beserta borang dan Kiriman Wang Pos* yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan/sampai kepada Urusetia Pertandingan pada atau sebelum tarikh tutup :18 Mac, 2012 @ 5.00 petang.(alamat sepertimana di dalam borang penyertaan).

8. Setiap penyertaan akan dikenakan caj bayaran bagi setiap keping gambar yang dihantar. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang Pos (Money Order) atas nama “ANGKATAN SENIFOTO NEGERI PERAK’ dan hendaklah dihantar ke alamat Urusetia Pertandingan (seperti didalam Borang Penyertaan)

RM 5.00 sekeping (Kategori Pelajar) dan RM 10.00 sekeping (Kategori Terbuka)

9. Semua gambar-gambar yang di-hantar untuk penyertaan akan menjadi hakmilik penganjur. Penganjur adalah* berhak untuk menghasilkan semula atau mencetak semula* bagi tujuan Publisiti, Pameran atau Penyiaran tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu daripada peserta dan perserta hendaklah mengaku serta bersetuju tidak akan membuat sebarang tuntutan kewangan atau lain-lain tuntutan melalui pihak ketiga selepas borang penyertaan di tandatangan dan diterima.

11. Keputusan hakim adalah muktamad.


Sebarang pertanyaan sila hubungi :

ASFON PERAK:-
EN.TAJUDDIN: 016-5611002 HJ.ABD RAZAK : 012-4343812 EN.ZAHRIMAN : 019-5119215  


Untuk maklumat lanjut sila layari : http://pertandinganfotografivpy2012.blogspot.com/

2 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

kalo ko menang belanja aku k...hahahhaha

macam mana nak menang jika aku sendiri tak summit lagi hasil dari aku,huhu..

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<