Perbezaan Adobe RGB dengan SRGB.

 
Perkara 1:
Apa dia sRGB dan aRGB? Ini adalah orang panggil photogarphic color space. Yang paling luas color space ialah RGB yang meliputi kesemua color yang mata manusia mampu lihat tapi untuk peralatan seperti kamera, printer, monitor dan lain-lain, tak mampu nak hasil. Disinilah datangnya sRGB dan ARGB. Yang paling lama ialah sRGB (Standrad Red Green Blue). ARGB pula diperkenalkan oleh Adobe.

Perkara 2:
Walaupun sRGB lebih lama diguna orang, tetapi aRGB mempunyai lebih color space maknanya lebih tepat terutama warna-warna biru dan hijau. Dan semua warna dalam sRGB, berada dalam color space aRGB. Tetapi kena ingat limitasi kedua-duanya, sRGB dan ARGB, ialah 16 million colors untuk imej Jpeg. Jpeg memberi intrepitasi warna hanya dalam 24bits (8-bit Red, 8-bit Green dan 8-bit-Blue, 8+8+8=24). Dengan 24-bits ini, sebanyak hampir 16.7 million colors mampu diterjemahkan. Dan hanya untuk 16 million color ini, sRGB dan ARGB lebih kurang sama saja kemampuannya tapi ingat, color space ARGB adalah lebih sikit.

Perkara 3:
Maka kalau begitu, nak guna mana? Senang cerita, kita ikut majoriti lah. Hampir 99% orang guna sRGB. Hampir semua benda guna sRGB. Baik untuk internet, untuk cetek gambar ker, semua orang guna sRGB. Masa bila orang guna ARGB? Masa kalau kita cetak sendiri gambar dan kita pulak tak puas hati color space yang sRGB beri. Masa tu memang kita guna RAW (sebab nak bagi puas hati), monitor pulak yg high-end dan printer yg kita guna pulak memang guna profile ARGB yang boleh cetak banyak color gamut. Contohnya ialah dari imej format RAW, convert dulu ke TIFF 16 bit dan lepas tu terus masuk ARGB. Selepas process, terus cetak dalam ARGB. Sebab apa? Sebab nak kan color yang lebih tepat.

Tapi kalau nak hantar ke web atau aplikasi lain, kena convert juga ke sRGB. Lebih senang kita gunalah sRGB. Tanpa perlu peningkan kepala sampai berpeluh. Kita oarng biasa-biasa yg hanya untuk post dalam Flickr atau untuk cetak kat kedai gambar  ker... contohnya, monitor kita pun biasa-biasa saja. Guna saja sRGB untuk mudah dan selamat (tapi nak guna jugak, tak sape larang....).

0 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<