Salah satu cabang dalam bidang fotografi
ialah Macro Photography. Macro Photography ialah berkenaan mengambil
gambar sesuatu objek dengan teramat dekat. Definisi secara teknikal
ialah mengambil gambar pada nisbah 1:1. Dari segi bahasa pasar pula,
orang biasanya akan menyebut mengambil gambar makro.
Lens makro biasanya akan ditanda dengan
tanda nisbah 1:1, 1:2 atau 1:5. Lens dengan tanda nisbah 1:1 bermakna
gambar yang dihasilkan diatas sensor kamera (sensor 35mm/kamera full
frame) adalah bersaiz sama besar dengan saiz sebenar. Pada nisbah 1:2
pula, bermakna gambar yang dihasilkan diatas sensor kamera (sensor
35mm/kamera full frame) adalah bersaiz 1/2 berbanding dengan saiz
sebenar, dan begitulah seterusnya.
Lens makro biasanya adalah mahal. Sebagai contoh lens Tamron SP AF 90mm f/2.8 Di Macro Autofocus Lens adalah berharga RM1495.00. Lens Tamron SP AF60mm F2 Di II LD (IF) 1:1 Macro adalah berharga RM1,660.00 dan lens Nikon AF-S VR Micro-Nikkor 105mm f/2.8G IF-ED pula berharga RM2500.00.
Berikut adalah perbezaan antara lens makro:
1. Lebih rendah focal length sesuatu lens, biasanya akan lebih murah lens tersebut.
2. Lebih rendah focal length sesuatu lens, maka lebih kecil dan ringan lens tersebut.
3. Lebih rendah focal length sesuatu
lens, maka lebih dekat kita perlu berada dengan subjek untuk mengambil
gambar. Sebagai contoh, lens makro dengan focal length 100mm pada jarak
lebih kurang 45cm daripada subjek, akan memberikan kadar pembesaran yang
sama dengan lens 50mm pada jarak 23cm daripada subjek.
Bagi sesiapa yang tidak mempunyai bajet untuk membeli lens makro, maka pilihan yang lain ialah:
1. Extension Tube
2. Raynox Macro Filter
3. Macro Converter
Dalam tutorial ini, saya akan menulis
mengenai Extension Tube dahulu. Raynox Macro Filter dan Macro Converter
akan saya tulis dalam tutorial yang lain.
Extension Tube adalah seperti ini:
Extension tube ialah silinder yang
berlubang ditengahnya yang perlu dipasang diantara kamera dan lens,
menyebabkan lens berada pada kedudukan yang lebih jauh daripada sensor
kamera. Jarak yang jauh ini membolehkan lens anda untuk memfokus subjek
dengan lebih dekat dan memberikan kebolehan untuk membesarkan gambar.
Extension Tube ini terdiri daripada tiga
tube dengan focal length 12mm, 20mm dan 36mm. Tube-tube ini
perlu digunakan dengan lens 50mm atau lens 18-55mm (pada focal length
55mm). Tetapi amat disyorkan anda menggunakan lens 50mm. Tube-tube ini
boleh digunakan serentak dengan lens 50mm atau boleh digunakan dengan
menggabung satu tube dengan 50mm atau dengan dua tube dengan 50mm.
Berikut adalah hasil gambar dengan
menggunakan extension tube ini dengan kamera Canon 600D, lens 18-55mm
dan Flash Nissin Di622 Mark II:
Gambar makro diambil menggunakan mod manual dan lens 18-55mm
Gambar makro diambil menggunakan mod manual dan lens 18-55mm dan Macro Extension Tube 36mm
Gambar makro diambil menggunakan mod manual dan lens 18-55mm dan Macro Extension Tube 18-55mm dan 36mm dan 20mm
Gambar makro diambil menggunakan mod manual dan lens 18-55mm dan Macro Extension Tube 18-55mm dan 36mm dan 20mm dan 12mm
Dengan menggabungkan lens 18-55mm dan
36mm dan 20mm dan 12mm, anda akan dapat kadar pembesaran yang terbesar
jika dibandingkan dengan lain-lain gabungan lens 18-55 dan Macro
Extension Tube. Tetapi anda perlu berada agak rapat dengan subjek untuk
mengambil gambar, lebih kurang 4 inci jaraknya.
Bagi sesiapa yang mempunyai bajet kurang
daripada RM600, maka Macro Extension Tube ini amat sesuai untuk mereka
kerana harganya adalah lebih kurang RM550. Tetapi jika anda boleh
berkompromi dengan barang second hand, maka saya ada satu unit Kenko
Macro Extension Tube untuk Canon dengan harga RM350. Klik disini untuk melihat barang tersebut.
info fotografi from kedai kamera digital..
0 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:
Catat Ulasan
LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..
Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<