Apakah Kegunaan Speedlight?


Speedlight/speedlite/flash ialah sejenis alat yang kecil yang digunakan untuk menghasilkan cahaya, samada ketika tidak cukup cahaya atau ketika cahaya datang dari arah bertentangan.

Biasanya ianya digunakan untuk mengambil gambar portret tetapi ia juga boleh digunakan untuk menerangkan objek-objek yang lain di dalam fotografi lanskap, menerangkan subjek di dalam product shoot dan memegunkan pergerakan di dalam fotografi sukan.
Ianya adalah lebih sesuai digunakan secara off-camera (tidak diletakkan di atas badan kamera) kerana :
- anda boleh mengawal arah cahaya. Dengan mengawal arah cahaya, anda mengawal bayang2 yang akan dihasilkan dan bayang2 akan membantu untuk memberi bentuk kepada subjek
- anda boleh mengubahsuai cahaya yang dihasilkan. Cahaya yang dihasilkan oleh Speedlight/speedlite/flash anda akan menyebabkan bayang2 subjek anda menjadi kasar kerana cahayanya adalah lebih kecil daripada subjek anda. Untuk mendapatkan bayang2 yang lebih lembut, anda perlu menggunakan cahaya yang lebih besar daripada subjek anda. Oleh itu letakkan payung putih dihadapan Speedlight/speedlite/flash supaya cahaya menjadi lebih besar.. untuk atikel selanjutnya sila ke web kedai kamera digital.. 

 dibawah adalah peralatan yg dapat membantu dalam mendapat gambar yg unik seperti di atas ini..




0 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<