Teknik SMART..



“Azam aku tahun 2013 ni nak sambung azam tahun lepas,” kata Minah kepada Tipah. “Kenapa azam tahun lepas kau tak tercapai?” tanya Tipah sambil mnbetulkan tudungnya. “Entahlah, tindakan aku tak sama macam perancangan aku agaknya,” jawab Minah.
“Aku rasa kau tak guna teknik SMART kot,” Salman cuba mengagak puncanya. “Teknik SMART? Apakah bendanya tu?” soal Minah dengan mata terkebil-kebil.
Nak tahu apakah teknik SMART? Mungkin ada di antara kita yang dah tahu tentang teknik ini. Ia adalah salah satu teknik berkesan untuk pastikan azam atau matlamat kita tercapai. Jom kita sama-sama lihat tekniknya dan beberapa tips.
3 perkara utama perlu ada dalam membuat matlamat ialah:
  1. Mempunyai matlamat yang jelas
  2. Mempunyai perancangan dan jalan untuk mencapai matlamat
  3. Melaksanakan tindakan terhadap matlamat dan perancangan.
Bagaimana teknik SMART boleh membantu anda untuk mencapai matlamat atau azam?
S- SPECIFIC (khusus)
M-MEASURABLE (boleh diukur)
A-ATTAINABLE (mampu dicapai)
R-REALISTIC & RELEVANT (realistik, munasabah & relevan)
T-TIME BOUND (tempoh masa/deadline)
1. S- SPECIFIC (khusus)
Matlamat atau azam kita perlu dispesifikkan supaya kita lebih jelas dengan apa yang kita akan buat untuk mencapainya. Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna daripada matlamat yang umum.  Jika sasaran tidak spesifik dua perkara yang akan berlaku: pertama anda dengan mudahnya mencapai matlamat itu dan kedua, anda dapati apa yang anda dapat bukan apa yang anda mahu. Kita ambil contoh nak beli kereta Inspira berharga RM 80 ribu pada tahun ini.
2. M-MEASURABLE (boleh diukur)
Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur atau dinilai harganya. Untuk kes azam nak beli kereta ini, ukuran dan nilainya ialah harga RM 80 ribu. Untuk deposit sudah tentu 10%, bermakna kita perlu ada RM 8 ribu. Bayaran bulanan pula mungkin dalam RM 800-900.
Jadi itulah nilai atau ukurannya yang perlu kita capai dahulu sebelum berjaya memiliki kereta Inspira. Kita boleh tulis azam dan matlamat kita tu seperti ini “Aku nak beli kereta Inspira baru dalam tahun ini, dengan deposit harga sebanyak RM8 ribu”.
3. A-ATTAINABLE (mampu dicapai)
Matlamat atau azam yang kita letak haruslah sesuatu yang boleh kita capai. Jangan membuat matlamat yang kita sudah tahu ia tidak akan boleh dicapai. Di sini anda perlu melihat sendiri keadaan anda sekarang adakah anda boleh mencapai matlamat tersebut? Jika anda rasa ianya memang tidak boleh dicapai, abaikan matlamat itu dan tetapkan matlamat yang lain. Untuk kes beli kereta Inspira ini, RM 8 ribu (deposit) adalah logik dan mampu kita perolehi dalam tempoh setahun.
4. R-REALISTIC & RELEVANT (realistik, munasabah & berkaitan)
Bila google word “realistic”, jumpa makna yang ini “Having or showing a sensible and practical idea of what can be achieved or expected”. Jangan menetapkan matlamat yang bukan-bukan seperti saya nak beli rumah harga setengah juta sedangkan sumber pendapatan sebulan anda hanya RM 2000 sahaja. Bagi kes nak beli kereta Inspira di atas, ia tampak munasabah dan relevan sebab kita mampu untuk mencapainya.
5. T-TIME BOUND (tempoh masa/deadline)
Tempoh masa, tarikh tamat (deadline) wajib ada bagi semua matlamat yang kita letak. Ia harus jelas dan spesifik.
Bagi kes beli kereta Inspira di atas, dengan membuat kiraan menyimpan sebanyak RM 800 setiap bulan selama 10 bulan, anda boleh mencapainya. Boleh pecahkan kepada target kecil seperti:
Sumber dapat RM 800 sebulan:
a) simpan wang gaji sebulan =RM 300
b) side incom dgn blog =  RM 200
c) side income dgn fotografi = RM300
Nak lagi spesifik, pecahkan kepada setiap hari.
Deadline adalah sangat perlu kerana tanpanya anda akan berlengah dan tidak akan berusaha untuk mencapai matlamat.

Tips tambahan untuk pembinaan matlamat:
  • Buat matlamat yang boleh memotivasi dan mendorong anda untuk lebih cepat berusaha.
  • Bina matlamat berdasarkan prioriti atau yang mana menjadi keutamaan anda
  • Tulis setiap matlamat anda di kertas dan tampal di tempat yang anda selalu boleh nampak. Bacalah matlamat anda dengan kerap.
  • Fokus, fokus, fokus. Laksanakan satu per satu tindakan mengikut perancangan.
  • Berdoa kepada ALLAH agar memberikan kekuatan dalam melaksanakan tindakan dan tugas-tugas anda. Bersangka baik dan yakinlah akan pertolongan daripada ALLAH.

3 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

Salam Dan sayangku padasemua buat masani hanya dapatku ucapkan alhamdulilah anaku yang memberikan semangat untuk ini semua dalam gabungan
Satu nama mnzadiamimirah adala sayangku
Tela pergi dahulu menemui ilahi pertama Dan yang kedua mereka berdua di sisih ilahih yang meningalkan nama mereka kepada kami Dan kugabungkanla nama kami semua setiap huruf membawa nama yang Di berkahti Allah serta diikuti dengan jejak parahrosul salawat Dan pada nabi junjungan kita nabi MUHAMMAD. SAYA MNBZ

Kepada semua sodaraku yang berada di NM JUGA NEGERI SAYANGKU JANGAN LA KITA MERASA BANGGA APA YANG ADA PADA KITA TAPI BERILA UCAPAN ALUALUAN KEPADA GOOGLE DAN KASINO YANG MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA MNBZ YANG DI PIMPIN OLEH AMERICA SYRIKAT. OLEH OLEH SAYA UCAPKAN RIBUAN DAN JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YANG BERKAITAN DALAM PENGURUSAN MENJAYAKAN KEGEMILAGAN DUNIA INI YANG DIJULANG OLEH MALAYSIA SAYANG.

Аанйг: dei titanium exhaust wrap with razor blades
Аанйг: dei graphite titanium babyliss pro titanium exhaust titanium steel wrap nier titanium alloy with razor blades 3.5" titanium exhaust wrap blades – вгразы зуверм. Вад powerbook g4 titanium дех камефин ками кли. 3.5" blades – вгразы зуверм. Вад дех камефин ками кли.

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<