Bilakah Masanya Kita Perlu Menaikkan ISO?


ISO atau ASA (semasa zaman filem) ialah satu penunjuk sensitiviti sensor atau filem terhadap cahaya. Ianya diukur menggunakan nombor 100, 200, 400 dan seterusnya. Lebih tinggi nombornya, lebih sensitif sensor atau filem terhadap cahaya. Lebih rendah nombornya, sensor atau filem akan lebih kurang sensitif kepada cahaya dan akan menghasilkan noise atau bintik-bintik hitam pada gambar anda.
Biasanya kita perlu menggunakan tetapan ISO yang tinggi apabila kita mengambil gambar di tempat yang gelap, seperti mengambil gambar sukan didalam stadium tertutup.
Nilai ISO yang dianggap normal ialah ISO100. ISO100 akan menghasilkan gambar yang kurang noise.
Bagi kebanyakan orang yang baru berjinak dengan kamera DSLR, biasanya mereka akan menggunakan Auto Mode. Pada mode ini, kamera akan menetapkan ISO berdasarkan pada keadaan semasa anda mengambil gambar. Kamera akan memastikan sedaya upaya supaya tetapan ISO adalah pada tahap yang paling rendah.
Sekiranya anda menggunakan mode manual dan memilih tetapan ISO anda sendiri, anda pasti akan perasan bahawa ini akan memberi impak kepada shutter speed dan aperture yang diperlukan untuk mendapatkan gambar dengan exposure yang baik. Sebagai contoh, sekiranya anda menaikkan ISO kepada 800, anda boleh mengambil gambar dengan shutter speed yang laju dan menggunakan aperture yang kecil.
Berikut adalah beberapa keadaan dimana anda perlu menaikkan ISO anda:
1. Acara sukan di dewan tertutup dimana anda tidak mempunyai cukup cahaya dan perlu untuk memegunkan subjek anda
2. Galeri seni dimana penggunaan flash adalah dilarang
3. Konsert
4. Parti harijadi. Semasa acara meniup lilin, anda mungkin mahukan mood gambar yang samar-samar dimana jika anda menggunakan flash, gambar anda mungkin tidak menarik.. dibawah adalah contoh kesan iso pada gambar..


sumber klik disini..

2 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog bg komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog..chat box pakjoe tidak dikira nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<