Kerjaya sebagai jurugambar


Slam lebaran.. hari ini mari kita bincangkan kerja sbg jurugambar..
oleh keran ramai yg ingin cari makan dalam dunia fotografi so komentar amat dia alu-alukan..

aku bukanlah seorang photographer ful time walaupun amat meminati bidang ini sejak dari bangku sekolah lagi.Ini adalah kerana aku hanya menjadikannya sebagai hobi masa lapang sahaja.Disebabkan tidak menumpukan sepenuh masa, maka pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini amatlah cetek sekali walaupun dah pernah memiliki kamera termasuk DSLR.

Baru-baru ini barulah aku rasa nak jadikan ia sebagai satu bidang yang mampu memberi sedikit pulangan (side income) pada aku dan dari situlah aku mula membeli buku2, surf internet dan mengikuti beberapa kursus yang sempat saya pergi serta TAG otai yg dah pro.Akan tetapi, kebanyakan pendedahan yang aku dapat tertumpu pada wedding photography sahaja. aku akui, pendapatan melalui bidang wedding photogaphy ini amatlah lumayan kerana aku pernah juga menjadi backup photographer untuk wedding, company event dan acara2 lain beberapa kali.

aku sebenarnya kurang berminat dalam membuat fotografi dalam wedding atau acara-acara seumpamanya kerana perlu terkejar2 dan berada ditengah2 ramai orang.aku sebenarnya lebih suka untuk membuat fotografi dalam keadaan yang lebih rilek dan memberi ruang untuk berfikir dan mencari idea.Apakah bidang fotografi yang sesuai untuk aku? aku selalu melihat iklan2 yang terpampang di papan iklan dan cukup berminat kalau dapat menghasilkan karya seperti itu.

Lagipun, dah terlalu ramai yang berada dalam wedding photography dan sudah tiba masanya kita diberi pendedahan dalam photography yang lain pula. asyik-asyik wedding je.. try shoot product ke.. macro ke.. landscape ke dan bermacam-macam jenis lagi..

so aku harap kepada jurugambar yg ada pengalaman dalam bidang lain sila komen isu ini , moga jadi panduan kpd aku yg masir junior ni..

2 Kritikan.. apa lagi..Jom Kritik..!:

sebenarnye pendedahan apabila terlibat secara lansung dalam bidang wedding photography adalah sgt berguna. wedding photography blh dikatakan sebagai batu loncatan utk pergi ke segala bidang photography yg lain. pendedahan tentang penggunaan kamera secara manual ketika membuat tugasan weddding membantu seseorang photographer mengendalikan kamera secara sgt cekap. wedding photography memerlukan seseorang yg sgt cekap mengendalikan kamera mengikut situasi yang berbeza, pendedahan ini secara tidak lansung membantu photographer mengenali kamera secara total. kenapa diakatakan sbg batu loncatan kpd bidang photography yg laen? kerana melalui pendedahan wedding photography, disini anda akan lebih mudah dikenali dan anda akan mendapat lebih banyak peluang utk menceburi cabang2 lain dlm bidang photography kerana anda dpt bertemu dgn ramai org. so peluang anda menceburi bidang lain lebih luas.

Setuju jugak tu,kalau citer pasal nak jdi photographer,mesti org ckap buat job wedding photography lh,mcm saya memang berminat jugak fotografi sejak dri bangku sekolah lgi,cuma baru 1 tahun,ni sya bru membeli kamera,sebelum ni hanya angan2 sahaja.Ramai jugklah kawan2 ckp dh ada kamera ni boleh ambil org kahwin.Mcm saya lebih berminat kepada street photography & landscape,foto2 berkaitan dgn kemanusiaan ataupun photojournalism

Catat Ulasan

LANGGAN INFO FOTOGRAFI SEKARANG..! Just isi email je..

Jika Blog ini berguna dan memberi info kepada anda, sila follow serta war-warkan kepada rakan-rakan anda jika Blog ini Tak OK sila komen disini..
>>>>> Nak Tanya Soalan Pun Boleh <<<<<